Friday, 29 June 2012

ber'starbucks' bersama #bff


janji tetap janji, katanya. untunglah kalini #bff banje aku. ntah bape kali postpone, hehe tak ketemu masa yg sesuwei. al-maklum lah si #bff aku ni bz manjang. kata #bff tp mcm e-pjj jg la. susah nk face-to-face.


so, ahad lepas after aku wat groceries seorang diri, dating lah kejap kat paparich, usj tu. pastu kami pon ber'starbucks' lah. tq ye #bff. nak lagi!!!

Thursday, 28 June 2012

Banjir Part 2 @ourcrib

sekali lagi bilik kami dilanda banjir, sedang kami keluar mencari rezeki masing2. mcm biasa tepat je jam 6pm, aku dgn efficient-nya balik on time. peliknya jalan sgt jem, tertanya2 apakah yg berlaku di subang sana. maybe sbb hujan yg lebat sgt telah menyebabkan banjir di selekoh jalan keluar ke subang jaya. sesampai di traffic light SS15 plak masih tersangkut dlm kesesakkan lalulintas. hati berkata "ada apa lagi???"

traffic light rosak plk dah, lalulintas bertambah sesak bila semua tk mahu mengalah. lucky aku terlepas drpd tersangkut terus dlm kesesakan tu. dgn riangnya aku dh smp ke rumah sebelum 7pm. belum bukak pintu blk aku dh terbau sesuatu yg lembab2, maybe hujan lebat sgt td. bila kaki melangkah masuk ke bilik saja, "OMG!!! againnnn???"

aku snap beberapa keping photo, terus whatsapp sang hero. #sedih bilik kita banjir lagi :( kaki almari kelihatan sedikit kembang, buku2 aku, fail2 dia, meja tulis, kotak2 kesayangan dia, jersey yakuza, handbag2 ku lembab selembab2 nya huhu.

dengan gigih aku operasi buang air yg dh bertakung, mop lantai, cuba keringkan mana yg lembab, tugas melaporkan kepada tuan rumah aku serahkan kpd sang hero.

apa pon aku bersyukur kerana harini xde hujan. xde lah aku risaukan episod semalam berulang kembali. #haigo


Tuesday, 26 June 2012

Pesan Ayahanda

cikgumat: hg penah wat solat dhuha?
anakdia: x penah (jujur)
cikgumat: buat la kalau ada masa, boleh murahkan rezeki, permudahkan apa yg susah, perdekatkan apa yg jauh.. tahu mcm mana tak?

Pengenalan Solat Dhuha:

Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :

1. Rakaat Pertama Lafaz Niat Solat Dhuha, "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
- Lafaznya: "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
- Baca Alfatihah hingga akhir
- Baca Surah, pendek pun takpa. (lebih Afdhal jika baca surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua 
- Baca Alfatihah
- Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
- Ketika sujud rakaat terakhir, baca 3x:
- Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa Solat Dhuha

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. #amin

Friday, 22 June 2012

iPhone 4S


hahaha setelah beberapa hari murung akibat henpon ranap di kepit pintu. hari khamis lepas, joe bwk gi cari henpon baru. rungsing agaknya tgk muka kite yg muncung, x ceria dan sebagainya tuh. a bit confusing masa nk beli baru, nk amik samsung s2 jgk atau nk amik iPhone 4S??? kalo amik samsung jgk dok teringat2, ternampak2 henpon yg bengkok tu. langsung x bley wat apa. kedai pon x nak amik sbb kos nk repair saja, mother board + screen mau 1K++ huhu.. #sentap! jawapannya iPhone!! :)

note: tq syg sbb top-up kite beli new henpon. perasaan bercampur2, hepi sbb ade henpon baru, sedih sbb kena kuar $$$ tanpa dirancang, terharu sbb dia wat apa saja kot.. #lebiu

19th Jun 2012; Monday

Wednesday, 20 June 2012

terkedu di pagi selasa, 20hb Jun 2012 :((

nak beli berbulan2 pikir.. hancusss dalam sekelip mata saja.. #kehidupan sgt.


bukan saja skrin retak seribu, bahkan bengkok dikepit dik pintu kereta ku. tuhan saja yg tahu mcm mana retaknya hati ni.. aduiyai...


Birthday Party For June Babies @owg

wah kali ni finances yg organize Birthday Party. nampak sgt cam ala-ala nk bg siap saja majlis tu. lantik committee 'sukarelaterpaksa'. bagi aku bebudak #owg ni x semua yg sporting. so semuanya berkira masa dan tenaga nk handle majlis2 mcm ni. 


tahu boss aku tu sgt excited, tp rasa mcm membodohkan diri sendiri.. haih apa pon Birthday Party Celebration ni je yg fun kat #owg buat masa ni. lain-lain tu biasa2 saja kOt. anyhow, happy birthday to our colleague sang fadeli. "hepi beday brO!" :)

Tuesday, 19 June 2012

Memo - Lateness RM10/- Contribution to Sport & Recreation Club (SRC)



harini monday, biasalah traffic on monday ni x tentu, kadang2 ok but kadang2 jem lain mcm. so ramai ke staff #owg lambat masuk opis arini. HR telah meng-list kan nama org berkenaan termasuk TPS, dan dgn selambanya datang ke finance utk collect wang tersebut. persoalannya wajar lag mereka2 ini membayar denda tersebut?


menurut budak HR tu dia hanya menjalankan tugas. our boshi datuk dan datin yg bg arahan. apa pun budak HR tu gagal collect walau satu sen pun utk harini.

Monday, 18 June 2012

madagascar 3: europe's most wanted


percubaan menonton wayang lagi, kali ni layan cartoon. madagascar adalah best, kelakar sgt.. 


Friday, 8 June 2012

1001 RAHSIA TERSIRAT PADA TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

SOLAT Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Tidur dan Solat Tahajud
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :
  1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
     
  2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.
     
  3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
     
  4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
     
  5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga/empat jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :
 
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

Tuesday, 5 June 2012

test, to be test..


040612, sabtu. petaling jaya akhirnya kwn sy dh melepasi ujian memandu after lebih dr 10 thn kot memandu tanpa lesen. haigo. "sgt nervous kot, kalau x pas ni kite x nk lg amik test ni", katanya. apa pun sy bangga dgn dia kerna bersungguh2 mahu dan bertekad utk dpt kan lesen setelah lama mengabaikannya. pasni panjang lg lah kaki ye.. walau bagaimana pun dia masih dlm lesen "p", so x perlu seronok sgt! lagi.. dia perlu selesaikan ujian seterusnya iaitu motosikal plk. "nanti bley beli moto", katanya lagi. amboi! sy sentiasa bg sokongan utk dia. good luck! :)

Published with Blogger-droid v2.0.4