Tuesday, 20 March 2012

KJVC family day katanya.. day#2

Island Hopping
2nd day, we planned for island hopping. pagi2 joe dh kejut kan semua orang. kena berkumpul jam 9pagi. sesampai je kat jeti, #dr.intan beli nsk lemak utk bfast sementara tgg bot redi. bot yg we ols naik bley muat 20 org penumpang. so terpaksa lah berkongsi dgn pelancong meriyindia. cam pengantin baru honeymoon dgn family jer. pakej kali ini RM40 seorang, pusing 4buah pulau, selama 4jam. cuaca dan keadaan laut baik-baik saja.

#1. Pulau Tasik Dayang Bunting
sedang menikmati pemandangan ketika menaiki bot, 'tiba-biba' bot berhenti. "ni lah pulau tasik dayang bunting, di mana boleh lihat pemandangan bukit-bukau seolah2 seorang perempuan hamil sedang terbaring", kata pemandu bot dan johan versi kurus #dr.intan. itu saja, selesai begambar perjalanan diteruskan ke lokasi seterusnya.
#2. Tasik Dayang Bunting
AWAS: Monyet Liar!

lokasi ke-2 sudah tentunya tasik dayang bunting. suasana sgt lengang pagi tu, yg ada cuma beberapa pengunjung serta monyet2 liar berkeliaran mencari makan. si nyet ni jahat, cuba tarik botol air n camera kite. huh!

menariknya kat sini, air tasiknya merupakan air tawar. walaupon persekitarannya di kelilingi laut. kata org kat situ, dulunya kawasan tu merupakan gua batu kapur. oleh sebab terhakis dari masa ke semasa, bumbung gua tersebut runtuh lalu membentuk tasik di dalamnya. sewa jeket keselamatan RM5/- hanya joe n nonong saja yg berani berenang di situ. yg lain main celup2 kaki saja.. hampir sejam kot kat sana. kaki n betis mula terasa tegang kot sbb kena turun n naik tangga dr jeti ke tasik.
#3. Helang Feeding
seterusnya tgk burung helang carik makan. memang byk burung helang cari makan kt sini. kenapa ye kt kawasan ni je byk burung helang cari makan? kawasan ni ada pokok kayu bakau, so anak2 ikan suka hidup kt tempat mcm ni. org bot tu cakap mcm tu. heeee.. nextttt ---»
#4. Pantai Beras Basah

lokasi terakhir island hopping is pantai beras basah. bley katakan semua bot yg bwk pelancong berenti kat sini lah. excited sgt nk snorkeling.. semua org dh bersiap sedia nk terjah pantai kecuali #dr.intan. dia nk pi makan nsk lemak, makan byk betoi. sesuatu sgt!


tp syg, xde ikan cantik pon nk tgk that area. yg ado hanya ikan bilisss kata teacher, adiknya #dr.intan. bg yg ada skill: joe, dr.watie, nonong bley ler berenang2 ke tengah nk cari ikan cantik. bg yg kurang skill: saye, fikri, teacher terpaksa berenang2 ketepian. asik tgk betis je + daun-daun.. hahahaa.. dh penat kami terus naik atas. sementara nak tgg dr.watie, nonong + joe siap, #dr.intan makan lg nasik lemak, teman teacher makan kononnya.
Pekan Kuah, Langkawi
3pm: yessa shopping time!!! tunggu teksi kt tepi jalan. "hot, hot.. very hot!" tambang ke pekan kuah  RM40 je. dalam perjalanan tu, mengantuk lah.. tp gagahi jugak walau badan sebenarnya dah penat sgt. kalo ikut rancangan dr.intan, shopping smp malam. tapi.. apa2 pon smp je pekan kuah, makan dulu. hungreh. lepas makan baru lah ikut haluan masing2, jumpa balik selepas 2 jam.




shopping cokelat saja dah beratus.. yg lain tu sama saja mcm kat KL. beli gegamat je utk family joe.

No comments: