Showing posts with label #sOmebOdy. Show all posts
Showing posts with label #sOmebOdy. Show all posts

Tuesday, 20 March 2012

KJVC family day katanya.. day#1

17th - 19th March, 2012 @ Pulau Langkawi

percutian pendek selama 3 hari 2 malam ni di-sponsor oleh #dr.intan untuk staff2 nya yg 2 or 3 kerat.. teman mesra serta adik2 staff turut merasa tempias untuk memeriahkan lg suasana. tq to #dr.intan, moga dimurahkan rezeki lagi. semuanya berjalan dgn lancar seperti di rancang.

kemuncak keseronokkan dan kegairahan untuk bercuti di rasai staff2 termasuk 'saya' sehari sebelum pergi lagik. x caye???



Day #1 (17th March, 2012 @Saturday)

mula berkumpul di LCCT jam 1030am. sebelum naik fligh tsi #dr.intan ngan teacher lapaq lah. so depa brunch nasi ayam @ 'asia of taste'. dr.watie n nonong dtg kemudian. dah boarding, sementara tgg nk masuk flight, #dr.intan, teacher, dr.watie, nonong layan jeruk lah. kembangnya pipi aku!

safely arrived @ langkawi international airport jam 130pm. terus amik teksi menuju ke chelet 'the cabin' @ pantai chenang. sangat berdebar kot nk tgk chalet sebenar, sbb aku yg suggest kan chalet tu. alhamdulillah, selesa.. cuma garden view, dan xde pantai. kene walk-in gi blakang chalet baru jumpa pantai. takpelah yang penting keselesaan tempat tido.

tarra.. penginapan 3 hari 2 malam @the.cabin
the cabin: double/standard room RM150/-
the cabin: balkoni
the cabin: inside view
the cabin: outside view

after check-in chalet kami terus kan aktiviti jelajah tempat2 menarik kt langkawi. charted van yg sama jugak untuk jalan2 (RM140, 4jam).

#1. Cable car
Location, near by Pantai Kok. sampai je situ, makan dulu aka lated lunch (nasik campur je). gayat sgt lah naik 'cable car' tuh, berpegangan  tangan lah. comel. bukan kite saje, #dr.intan + teacher, dr.watie + nonong. fikri hanya mampu berpeluk tubuh jer. sesampai je di sana, semuanya kelaparan especially #dr.intan padahal dh mkn kat LCCT. memandangkan nak spend time lebih 40minit kat sana nnt kami lunch dulu lah. masing-masing memilih nasik campur + air kelapa kecuali aku, nasi ayam jew..


sangat nervous kot.. dulu aku naik smp x bley jalan dah kot kat titi gantung atas tu. aku sangka lutut ku saja yg mengigil2, rupa2 nya semuanya penakut. naik cable car smp x bergerak. tahu2 dah sampai atas, tup2 dah sampai bawah dah. yang buat lutut mengigil sebab kena naik-turun anak tangga nak ke titi gantung. nak amik gambar kat sana. x dinafikan memang santek.

#2. Beras Terbakar
next destination is 'beras terbakar'. singgah sekejap je sbb beras pon dh xde, dok dalam piring je. kisahnya beras-beras yg disembunyikan terbakar semasa siam serang langkawi dulu. ingat lagi masa kecik2, org semua gi situ dok kutip beras yg terbakar tu. x tau nk wat apa.. smp habis kot. rumah yg dulunya buruk dah diubahsuai.. dah x ori. semua org pon dah mcm cacing kepanasan, kulit rasa terbakar gara2 nk tengok beras terbakar cecepat beredar untuk ke destinasi yg terakhir.


note: #dr.intan sempat beli kacang kuda rebos, dr.watie cecuri beli buah mangga lah.. makan je keje, aptb.

#3. Makam Mahsuri
actually sampai ke makam mahsuri ni pon dah lambat.. 530pm nk tutup dah. we ols pon dah x berapa semangat dah gara2 naik cable car serta panjat2 anak tangga tadi + cuaca agak panas. maklum lah "malaysia is veghi hot countehgi" kata si Joe. nak masuk sini ade charge, RM5/- utk dewasa. dengan lancarnya #dr.intan bayar dgn note besar. syg nk guna duit kecik katanya. jalan2 tengok makam, tengok rumah mahsuri, main cedok2 air telaga mahsuri, amik gambar.. odw nk kuar ade muzium mahsuri. alang2 dh datang, kami masuk je situ tuk lebih tahu ttg sejarah mahsuri. selesai melawat, amik gambar kot depan pintu gerbang tu. bukti dah datang sini. hahaha..
#4. Laksa Power
"pak cik sat lagi singgah sat kat 'laksa power' tepi jalan tu. kami nak makan laksa" #dr.intan bersuara. amboi ingat makan je.. apakah? hehehee pak cik van menurut perintah je.. semua org makan laksa, #dr.intan order laksa, cucur udang, rojak.. selera makan dia menjadi2. akan tetapi rasanya kurang enak. "cendoi plak terlebih rasa jagung" rungut #dr.intan lah. habis makan terus balik ke cabin untuk beristirihat, sementara nak dinner.

tepat jam 8 malam, aku, joe & fikri keluar dulu jalan2 kat pantai.. sementara yg lain2 bersiap2 nk makan malam. pantai terletak di belakang chelet, so kena jalan skit. bila nk patah balik ke chalet baru ikut jalan raya. sambil2 shopping souvenir utk diri sendiri. hehehhee.. xde apa nak shopping pon, hanya lah fridge magnet.
@ the boutique cafe


lebih kurang jam 9 malam, #dr.intan, teacher, dr.watie, nonong keluar dari sarang. syok tidoq gamaknya.. penat sgt. oleh kerana byk kali makan nasik arini.. we ols decided makan ala2 western. jalan pi jalan mai, last2 makan kat 'the boutique cafe'.. makanan pilihan chicken chop, spagetthi, fish & chip, soup with garlic bread. amboi western sgt. ada sikit hiburan lah sepanjang dinner, tarian kebudayaan gitue. pas makan semua cecepat balik ke cabin, sambung tido. berdengkur paling kuat, joe kata.

KJVC family day katanya.. day#2

Island Hopping
2nd day, we planned for island hopping. pagi2 joe dh kejut kan semua orang. kena berkumpul jam 9pagi. sesampai je kat jeti, #dr.intan beli nsk lemak utk bfast sementara tgg bot redi. bot yg we ols naik bley muat 20 org penumpang. so terpaksa lah berkongsi dgn pelancong meriyindia. cam pengantin baru honeymoon dgn family jer. pakej kali ini RM40 seorang, pusing 4buah pulau, selama 4jam. cuaca dan keadaan laut baik-baik saja.

#1. Pulau Tasik Dayang Bunting
sedang menikmati pemandangan ketika menaiki bot, 'tiba-biba' bot berhenti. "ni lah pulau tasik dayang bunting, di mana boleh lihat pemandangan bukit-bukau seolah2 seorang perempuan hamil sedang terbaring", kata pemandu bot dan johan versi kurus #dr.intan. itu saja, selesai begambar perjalanan diteruskan ke lokasi seterusnya.
#2. Tasik Dayang Bunting
AWAS: Monyet Liar!

lokasi ke-2 sudah tentunya tasik dayang bunting. suasana sgt lengang pagi tu, yg ada cuma beberapa pengunjung serta monyet2 liar berkeliaran mencari makan. si nyet ni jahat, cuba tarik botol air n camera kite. huh!

menariknya kat sini, air tasiknya merupakan air tawar. walaupon persekitarannya di kelilingi laut. kata org kat situ, dulunya kawasan tu merupakan gua batu kapur. oleh sebab terhakis dari masa ke semasa, bumbung gua tersebut runtuh lalu membentuk tasik di dalamnya. sewa jeket keselamatan RM5/- hanya joe n nonong saja yg berani berenang di situ. yg lain main celup2 kaki saja.. hampir sejam kot kat sana. kaki n betis mula terasa tegang kot sbb kena turun n naik tangga dr jeti ke tasik.
#3. Helang Feeding
seterusnya tgk burung helang carik makan. memang byk burung helang cari makan kt sini. kenapa ye kt kawasan ni je byk burung helang cari makan? kawasan ni ada pokok kayu bakau, so anak2 ikan suka hidup kt tempat mcm ni. org bot tu cakap mcm tu. heeee.. nextttt ---»
#4. Pantai Beras Basah

lokasi terakhir island hopping is pantai beras basah. bley katakan semua bot yg bwk pelancong berenti kat sini lah. excited sgt nk snorkeling.. semua org dh bersiap sedia nk terjah pantai kecuali #dr.intan. dia nk pi makan nsk lemak, makan byk betoi. sesuatu sgt!


tp syg, xde ikan cantik pon nk tgk that area. yg ado hanya ikan bilisss kata teacher, adiknya #dr.intan. bg yg ada skill: joe, dr.watie, nonong bley ler berenang2 ke tengah nk cari ikan cantik. bg yg kurang skill: saye, fikri, teacher terpaksa berenang2 ketepian. asik tgk betis je + daun-daun.. hahahaa.. dh penat kami terus naik atas. sementara nak tgg dr.watie, nonong + joe siap, #dr.intan makan lg nasik lemak, teman teacher makan kononnya.
Pekan Kuah, Langkawi
3pm: yessa shopping time!!! tunggu teksi kt tepi jalan. "hot, hot.. very hot!" tambang ke pekan kuah  RM40 je. dalam perjalanan tu, mengantuk lah.. tp gagahi jugak walau badan sebenarnya dah penat sgt. kalo ikut rancangan dr.intan, shopping smp malam. tapi.. apa2 pon smp je pekan kuah, makan dulu. hungreh. lepas makan baru lah ikut haluan masing2, jumpa balik selepas 2 jam.




shopping cokelat saja dah beratus.. yg lain tu sama saja mcm kat KL. beli gegamat je utk family joe.

KJVC family day katanya.. day#3 (lastday)

fridge magnet - langkawi island
tido lambat, tp bangun awal jgk. bila kite bangun, cik joe saya pon bangun. 'lapar' katanya. so kitaorg bangun gi jalan2 sambil cari tempat tuk bfast. xde plak nk kejut kan sesapa. mesti semua penat. nak kata awal sgt tu xdelah, lebih kurang pukul 9am++. heee.. singgah makan kt satu warung ni, makanan cam dh byk habis. aku pilih nasik lemak bungkus kecik2 tu cap 'GI' maksudnya 'gulai ikan', tp joe pilih nasik lemak biasa. x sedap!, katanya. heheee.. pas makan odw nk blk cabin sempat le jalan2 kt underwater world svnr shop. xde beli apa2 pon just a fridge magnet tuk joe.
odw balik terserempak 2 beradik, #dr.intan + teacher laju je jalan. carik beg sorong extra nk simpan barang, fikri pon kuar jalan2 gak, hanya dr.watie+nonong je kat bilik. sampai cabin jr dah kene siap2 nk check-out. mcm biasa tahan teksi lah nk gi airport. kalini charge teksi hanya RM30/- je. pada aku still mahal, sbb dekat giler kot nk gi airport dr situ. tp dh malas nk bargain lg.
di airport, semua dah keletihan. masing2 x sabar nak sampai KL agaknya. esok dah le kerja.. last lunch treat by #dr.intan is marry brown. rasanya we ols semua hanya kuar duit tuk shopping kt pekan kuah tu je. lain2 semuanya #dr.intan tanggung. rasa bersalah pon ada.. anyhow tq tak terhingga kt #dr.intan. memang agak memenatkan vacation ni, tp enjoy sbb #sporting. mana tahu pas ni ada rezeki bercuti sama lgk.. =)


hepi+enjoy+tired+BEST loooo..

xoxo:weenJoe

Thursday, 8 March 2012

visit adam boy @ luqeman adam wajdi

3rd march, 2012 @ Saturday: dh byk kali rancang nk gi tgk si #adam boy & mummy-nya dgn joe. asik2 x jadi.. so last week we ols sengaja pegi jln2 kat jusco equin park, so dat masa blk leh singgah tgk #adam. yg ni kira kali pertama lah si joe kite jumpa #adam & mummy honey. dia sgt nerves ok. hehe so cute. 



semua kelaparan, dan terus serang 'ayam penyet'. the food was nice, sedap cuma kurang pedas. bley dtg lg. =)


#adam was hiding from us. malu kot. salam di sebalik tangga ok. salam mummy ween, salam acik joe. i said, "adam, pegi siap.. kita nk pegi makan". terus dia berlari naik atas, hahahha changed his singlet to polo shirt. hensem sgt! 

Wednesday, 7 March 2012

selamat tinggal, semoga kau tenang di sana teman..

ashraf @ #kuntum telah pulang ke rahmatullah pd 5hb Mar, 2012. berita sedih ini disampaikan oleh seorang kawan, yg juga pernah menjadi rakan sejawatnya. sayangnya aku belum sempat menziarahi dia walaupun buat kali terakhir =(

#kuntum, tenanglah kau di sana. DIA lebih menyayangi mu. semoga roh mu ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. #amin.

al-fatihah:


Saturday, 17 December 2011

babah in persOn!

16th december, 2011 dgn iringan dOa semoga ‘babah’, Hj Abd Rahman di tempatkan dikalangan org2 yg beriman. al-fatihah..
pagi2 lg erna dh bbm berita pasal ‘babah’. seingat aku arwah sekeluarga baru sj selesai menguruskan wedding wanie & barry. baru seminggu dua mcm tu la, skang ni semua org dikejutkan dgn berita pemergian ‘babah’ *sedih* dh lama aku x contact ‘mama & babah’ sejak aku dan ijoi x lg bersama. terasa sgt kehilangana, sbb aku mmg close dgn family dia. rasa aku ‘mama & babah’ anggap aku mcm anak depa jgk, mcm tu jgk aku. priority aku tu lebih kpd aktivi bersama family dia banding keluarga aku sendiri.
‘babah’ tu x byk ckp, sgt serius tp sesekali dia suka bergurau. lebih selesa di rumah sendiri.. suke sgt mnm teh panas, mama buatkan.. sometime aku yg kene buatkan utk dia. hehe.. ‘babah’ akn bgn awal pagi, dan kejutkan anak2 dia. tp selalunya semua akn bgn lambat.. bila dia balik dari mana2 dia akn panggil nama anak2 dia. sesiapa saja.. “nanaaaa.. wannnnn.. lynnnn.. wanieeee.. winnnnnnnnn.. izraaaaa..” x pernah miss bg aku duit raya! byk jgk kenangan bersama arwah selama hampir 9thn tuh. tapi tu lah.. x tahu apa agaknya tanggapan ‘mama & babah’ pas apa yg dh jadi kat aku. apa2 pon depa semua ttp jd kenangan manis dlm hidup aku walaupun tu semua dh berakhir. aku harap depa sekeluarga tabah dan kuat lalui dugaan ni.

Insya Allah.

Monday, 5 December 2011

mak must be strOng! i lOve u..


esOk 6hb disember, mak nk wat ‘bypass’ aku x dpt blk, aku x dpt ada disebelah dia masa dia masuk ke bilik pembedahan tu.. aku serba salah. aku tersepit antara tanggungjawab pd diri sendiri dan tanggungjawab aku pd ibubapa aku. apa2 pon aku dh buat yg terbaik. aku cuba ada utk ‘mereka’ bila benar2 perlukan aku, adakala nya aku gagal berbuat demikian. aku cuma mengharapkan ‘mereka’ faham, walaupun jauh disudut hati ‘mereka’ mahu aku ada bersama2.. berat sungguh ujian dan dugaan ni. aku hanya mampu bertawakal setelah aku beri yg terbaik. “..mak, org mnt maaf sbb x dpt blk temankan mak esok. mak kena kuat, sbb nanti org, bangcik dan semua2 nk blk tengok mak sihat dan kuat..”

Thursday, 28 July 2011

Opis Ku, Syurga Ku..












“ninja” @ lebih mesra ahmad’ed.. cuma arrora je xde kt finance ni. yang mcm2 ada ”aura”.. sgt menjaga body, skang dh kurus dan maintain.. yg penting we os sekampung beb. aloq setaq mai.. bila maghah dia ckp tripple ”wat, wat, wat we call dat..” hehehee gurau je en ahmad.














ini org replaced eita nye tpt.. serupa ah-long, kejar payment punya org, pandai buli.. suke gali. very talkative bila ninja xde, sgt pendiam dan bekerja keras bila ninja ada. kuat makan nsk ayam!















mr pinky, :D xde la ‘baby’ dia yg kuat pink ni. sgt lemah lembut, prinsip: biar lambat asalkan selamat. so lambat msk opis, lambat blk dr solat, lambat response dlm segala hal. kalo nk balik laju jer.. sgt terkenal dgn ”unfeghen”..


tudia anak mammi celup, bkn org penang.. bkn ank mammi. tp hot mammi.. kt finance plg terserlah keayuannya. kalah aku yg x kawin lg ni. yg penting sporting aje dlm apa2 hal, jgn buat hal dah. hobi baru dia ‘living in a jet plane’..















ini mmg bebetul mummy, lahirkan ank nstl. 2kali dh wat kecoh kt opis, jgk buat aku steghesss. so after 2nd baby, aku warning dia jgn eksiden lg.. hehe azab oiiii.. ni bley geng dgn iwan ”arrr-gggg” :D















ni yg comel is my assistant. very good sbb x penah mc, aku yg kerap mc.. pandai cover line aku. rajin. kalo dia bad mood, aku yg susah hati.. cita2 nk jd business women, idola Datuk Sosilawati. geee.. cik pastry.














last but not least, c-kin “sy syg semua”. baru hadir dalam finance.. nmpk mcm gumbira setelah sekian lama menyendiri di suatu sudut, tingkat 2 nstl. kt finance ada byk hiburan: ade radio best, ade makanan, ade mood2 istimewa, ade ”R” grrrr.. c-kin, sy pon syg semua.. but sy kena pergi. huhu :’(
























apa2 pon thanks to u ols, hepi sgt2 kt sini.. walaupon semuanya serba sederhana tp enjoy.

“i don’t care what people might’ve said about me. i am wat i am”.