Friday, 29 June 2012

ber'starbucks' bersama #bff


janji tetap janji, katanya. untunglah kalini #bff banje aku. ntah bape kali postpone, hehe tak ketemu masa yg sesuwei. al-maklum lah si #bff aku ni bz manjang. kata #bff tp mcm e-pjj jg la. susah nk face-to-face.


so, ahad lepas after aku wat groceries seorang diri, dating lah kejap kat paparich, usj tu. pastu kami pon ber'starbucks' lah. tq ye #bff. nak lagi!!!

Thursday, 28 June 2012

Banjir Part 2 @ourcrib

sekali lagi bilik kami dilanda banjir, sedang kami keluar mencari rezeki masing2. mcm biasa tepat je jam 6pm, aku dgn efficient-nya balik on time. peliknya jalan sgt jem, tertanya2 apakah yg berlaku di subang sana. maybe sbb hujan yg lebat sgt telah menyebabkan banjir di selekoh jalan keluar ke subang jaya. sesampai di traffic light SS15 plak masih tersangkut dlm kesesakkan lalulintas. hati berkata "ada apa lagi???"

traffic light rosak plk dah, lalulintas bertambah sesak bila semua tk mahu mengalah. lucky aku terlepas drpd tersangkut terus dlm kesesakan tu. dgn riangnya aku dh smp ke rumah sebelum 7pm. belum bukak pintu blk aku dh terbau sesuatu yg lembab2, maybe hujan lebat sgt td. bila kaki melangkah masuk ke bilik saja, "OMG!!! againnnn???"

aku snap beberapa keping photo, terus whatsapp sang hero. #sedih bilik kita banjir lagi :( kaki almari kelihatan sedikit kembang, buku2 aku, fail2 dia, meja tulis, kotak2 kesayangan dia, jersey yakuza, handbag2 ku lembab selembab2 nya huhu.

dengan gigih aku operasi buang air yg dh bertakung, mop lantai, cuba keringkan mana yg lembab, tugas melaporkan kepada tuan rumah aku serahkan kpd sang hero.

apa pon aku bersyukur kerana harini xde hujan. xde lah aku risaukan episod semalam berulang kembali. #haigo


Tuesday, 26 June 2012

Pesan Ayahanda

cikgumat: hg penah wat solat dhuha?
anakdia: x penah (jujur)
cikgumat: buat la kalau ada masa, boleh murahkan rezeki, permudahkan apa yg susah, perdekatkan apa yg jauh.. tahu mcm mana tak?

Pengenalan Solat Dhuha:

Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :

1. Rakaat Pertama Lafaz Niat Solat Dhuha, "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
- Lafaznya: "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
- Baca Alfatihah hingga akhir
- Baca Surah, pendek pun takpa. (lebih Afdhal jika baca surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua 
- Baca Alfatihah
- Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
- Ketika sujud rakaat terakhir, baca 3x:
- Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa Solat Dhuha

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. #amin

Friday, 22 June 2012

iPhone 4S


hahaha setelah beberapa hari murung akibat henpon ranap di kepit pintu. hari khamis lepas, joe bwk gi cari henpon baru. rungsing agaknya tgk muka kite yg muncung, x ceria dan sebagainya tuh. a bit confusing masa nk beli baru, nk amik samsung s2 jgk atau nk amik iPhone 4S??? kalo amik samsung jgk dok teringat2, ternampak2 henpon yg bengkok tu. langsung x bley wat apa. kedai pon x nak amik sbb kos nk repair saja, mother board + screen mau 1K++ huhu.. #sentap! jawapannya iPhone!! :)

note: tq syg sbb top-up kite beli new henpon. perasaan bercampur2, hepi sbb ade henpon baru, sedih sbb kena kuar $$$ tanpa dirancang, terharu sbb dia wat apa saja kot.. #lebiu

19th Jun 2012; Monday

Wednesday, 20 June 2012

terkedu di pagi selasa, 20hb Jun 2012 :((

nak beli berbulan2 pikir.. hancusss dalam sekelip mata saja.. #kehidupan sgt.


bukan saja skrin retak seribu, bahkan bengkok dikepit dik pintu kereta ku. tuhan saja yg tahu mcm mana retaknya hati ni.. aduiyai...


Birthday Party For June Babies @owg

wah kali ni finances yg organize Birthday Party. nampak sgt cam ala-ala nk bg siap saja majlis tu. lantik committee 'sukarelaterpaksa'. bagi aku bebudak #owg ni x semua yg sporting. so semuanya berkira masa dan tenaga nk handle majlis2 mcm ni. 


tahu boss aku tu sgt excited, tp rasa mcm membodohkan diri sendiri.. haih apa pon Birthday Party Celebration ni je yg fun kat #owg buat masa ni. lain-lain tu biasa2 saja kOt. anyhow, happy birthday to our colleague sang fadeli. "hepi beday brO!" :)

Tuesday, 19 June 2012

Memo - Lateness RM10/- Contribution to Sport & Recreation Club (SRC)



harini monday, biasalah traffic on monday ni x tentu, kadang2 ok but kadang2 jem lain mcm. so ramai ke staff #owg lambat masuk opis arini. HR telah meng-list kan nama org berkenaan termasuk TPS, dan dgn selambanya datang ke finance utk collect wang tersebut. persoalannya wajar lag mereka2 ini membayar denda tersebut?


menurut budak HR tu dia hanya menjalankan tugas. our boshi datuk dan datin yg bg arahan. apa pun budak HR tu gagal collect walau satu sen pun utk harini.